Membongkar Rahsia Permohonan Pembiyaan PKS Yang Berjaya Dengan Bantuan Teknologi

Baru-baru ini, kita semua teruja dengan berita daripada SME Bank mengenai pelancaran aplikasi ELSA. Inisiatif ini, seperti yang dilaporkan oleh Utusan, adalah satu langkah progresif untuk membantu PKS dalam transformasi digital.

ELSA: Permulaan yang baik, tetapi adakah cukup?

Aplikasi ELSA diumumkan sebagai platform untuk membantu PKS mengurus permohonan pembiyaan dengan lebih mudah. Ini memang satu berita yang baik. Proses yang dipermudahkan dan aksess yang lebih pantas kepada pembiayaan sememangnya diperlukan.

Namun, sebagai seorang yang kerap berurusan dengan dunia kewangan PKS, kami ingin berkongsi satu pandangan: kemudahan permohonan hanyalah separuh daripada jalan cerita. Separuh lagi, yang sering jadi pemutus, adalah kualiti dan ketepatan dokumentasi kewangan yang disertakan.

Bayangkan ini. Anda pergi ke bank dengan idea perniagaan yang hebat. Pegawai bank pasti akan bertanya soalan kritikal:

  • “Bagaimana anda menjana keuntungan?”
  • “Bila aliran tunai anda akan menjadi positif?”
  • “Bagaimana anda membayarr balik pinjaman ini?”

Di sinilah ramai PKS tersekat. Mereka mungkin mempunyai rekod jualan yang baik, tetapi tanpa unjuran kewangan yang kukuh dan profesional, idea hebat itu mungkin kelihatan seperti angan-angan dimata pihak bank.

Norisnexus: Dari idea hebat kepada dokumen yang meyakinkan

Inisiatif ELSA oleh SME Bank adalah satu langkah ke arah yang betul. Ia membuka pintu namun, untuk melangkah masuk ke dalamnya dengan yakin, PKS memermulakan senjata yang tepat. Alat kewangan seperti Norisnexus memberikan senjata tersebut – dalam bentuk data, unjuran dan keyakinan.

Masa depan pembiyaan PKS adalah digital, dan masa depan itu bermula dengan persediaan yang rapi.

[Norisnexus – Memudahkan Kewangan, Membangunkan Perniagaan]

Leave a comment

Spam-free subscription, we guarantee. This is just a friendly ping when new content is out.

← Back

Thank you for your response. ✨

Warning
Warning
Warning.